Langkau ke kandungan utama

Had Tahunan Medikal Kad

"Saya dah ada medikal kad"

Sebagai seorang agen jawapan diatas merupakan jawapan 'mengelakkan diri' dari client untuk berhenti mengambil 'fliers' dan mendengar penjelasan tentang medikal kad bagi yang masih tiada.

Bila berbicara tentang perlindungan Takaful, ramai antara kita kerap mengucapkan benda yang serupa.
Tetapi ada kebenarannya kerana ramai pada harini sudah memiliki medikal kad. Persoalannya apa yang anda tahu dan ambil tahu tentang medikal kad anda.

Penulisan saya pada hari ini tidak lain tidak bukan ingin memberi satu kesedaran kepada anda tentang satu persoalan iaitu 'Berapakah Had Tahunan Medikal Kad Anda'.
Melihat kepada kos-kos rawatan seperti yang tertera didalam gambar dibawah cukup menyeramkan bagi orang-orang biasa seperti saya.

Kita ambil satu contoh. Kos untuk rawatan Angioplasti anggarannya ialah RM20,000 - RM30,000.
Medikal kad anda hanya mempunyai had sehingga RM25,000 setahun. InsyaAllah mencukupi untuk bil RM20,000. Tetapi apa akan jadi jika anda memerlukan rawatan susulan yang mana pada ketika itu bil rawatan susulan melebihi dari jumlah yang dibenarkan sebanyak RM5,000. Dari sumber manakah akan anda 'korek' bagi menampung kekurangan tersebut.

Tips:
1) Pastikan dengan cukup teliti berapakah nilai had tahunan medikal kad anda sebelum anda setuju mengambil sesuatu polisi
2) Jumlah had tahunan mestilah satu jumlah yang 'masuk akal' untuk melindungi bil hospital anda jika ditimpa Sakit Kritikal.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Rawatan STENT

Kuala Lumpur : Selaras usaha mengubati kardiovaskular yang menjadi antara penyumbang utama kematian di negara ini, Institut Jantung Negara (IJN) tampil dengan kaedah terbaru rawatan jantung koronari menerusi pengenalan stent terkini keluaran Axxess. Stent terbabit sebelum ini sudah digunakan secara meluas untuk merawat salur pembuluh darah lurus yang tersumbat, namun kini diperkenalkan khusus bagi rawatan salur bercabang. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata, beliau yakin kaedah itu selamat berdasarkan kejayaan terdahulu ke atas 557 pesakit yang terbukti mempamerkan perkembangan positif hasil implan dilakukan. Menurut beliau, rawatan stent itu juga sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa pada April lalu menerusi CE mark dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menggunakan kaedah itu. “Kita mengesyorkan pesakit menggunakan kaedah itu berbanding surgeri kerana ia lebih mudah, selain memberi hasil lebih baik namun bergantung kep...

Trip Kenyir May 2010 (Part 1)

Serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua followers. Cerita tentang trip akan di publishkan sedikit masa lagi di sini . Sekarang ni tengah tunggu gambar2 dari para cameraman yang bertauliah. Dah ade gambo nnt aku postkan lagi kat sini. Yeaahhhhhhh....

Fungsi 'Waiver Contributor' dan 'Waiver For Payor'

Nama diatas diatas ialah nama umum. Ada pelbagai nama kepada rider ini. Nama sebenar bergantung kepada setiap Pengendali Takaful. 1) Waiver Contributor 'Waiver contributor' ialah satu Rider atau Plan Tambahan yang di 'attach'kan ke dalam Plan Takaful anda. Rider ini berfungsi apabila anda selaku orang dilindungi mengalami salah satu daripada 2 situasi berikut iaitu: i) Sakit Kritikal ii) Hilang Upaya Kekal Sewaktu kita masih sihat dan ada pendapatan, InsyaAllah kita mampu membayar caruman kita. Tetapi apa akan jadi jika kita tidak mampu lagi untuk bekerja atau hilang pendapatan apabila ditimpa musibah. Apabila anda ditimpa 2 perkara diatas, caruman anda akan menjadi percuma tanpa memberi kesan kepada manfaat-manfaat yang lain seperti Medikal Kad.   2) Waiver For Payor Rider ini adalah untuk melindungi manfaat anak seandainya pembayar samaada ibu atau bapa yang menjadi Pemilik kepada Polisi anak itu ditimpa salah satu atau 3 perkara berikut ...