Oleh: Aznir Malek Para Pemancing, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca lakaran ini! Kebelakangan ini, memancing telah menjadi aktiviti rekreasi yang amat digemari di negara kita. Namun, beberapa isu kini mencabar kita. Isu seperti kepupusan spesis ikan negara, pencamaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tatasusila dikalangan para pemancing. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapung-apung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan! Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh, dan mempraktikkan aktiviti memancing secara bereti...
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma"