Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2007

Trip Pulau Angsa

Trip ini diadakan pada 11/8 - 12/8/2007. Trip ini disertai oleh 13 peserta yang terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan Ryobi: Rashid Izad Salim Faizal Syamrim Khairul Nizam Kumpulan Daiwa: Hanisham Sy. Jafari Noh Hussin Uwais Mokhtar Dawod Mohidin Yusof Ibrahim Bergambar sebelum naik bot Kami telah sampai di jeti lebih kurang pukul 4 petang. Selepas mengisi perut, barang-barang pun diangkut kedalam bot. Lebih kurang 15 minit kemudian bot mula bergerak keluar dari jeti Kuala Selangor. Pergerakan bot perlahan kerana keadaan laut yang sedikit bergelora. Bot geng-geng Ryobi Wajah-wajah ceria semasa bot mula-mula jalan.... Pas ni taulah korang Bot belayar lebih kurang 2 jam dari jeti. Selepas melintasi Pulau Angsa, tekong bot telah melabuhkan sauh di port pertama. Apa lagi, umpan pun dilabuhkan lah.... Hasil... Gelama. Pulau Angsa Selepas Maghrib bot bertukar port lagi. Kali ni disekitar Pulau Angsa. Port Tong Karat ikut kata tekong. Hasil!!! Kali ini lumayan sikit sbb dapat ikan duri.. hehe