Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2017

TOP 10 KL Imtiyaz WZ63

Alhamdulillah... Hasil usaha 2017 terbalas apabila dipilih antara TOP 10 dalam KL Imtiyaz WZ63. Semoga perancangan MDRT pada 2018 ini akan dipermudahkan. Aamiin. Kepada yang ingin menjadikan Perunding Takaful ini sebagai kerjaya, boleh hubungi saya 012-3412563 untuk temujanji.

Had Tahunan Medikal Kad

"Saya dah ada medikal kad" Sebagai seorang agen jawapan diatas merupakan jawapan 'mengelakkan diri' dari client untuk berhenti mengambil 'fliers' dan mendengar penjelasan tentang medikal kad bagi yang masih tiada. Bila berbicara tentang perlindungan Takaful, ramai antara kita kerap mengucapkan benda yang serupa. Tetapi ada kebenarannya kerana ramai pada harini sudah memiliki medikal kad. Persoalannya apa yang anda tahu dan ambil tahu tentang medikal kad anda. Penulisan saya pada hari ini tidak lain tidak bukan ingin memberi satu kesedaran kepada anda tentang satu persoalan iaitu 'Berapakah Had Tahunan Medikal Kad Anda'. Melihat kepada kos-kos rawatan seperti yang tertera didalam gambar dibawah cukup menyeramkan bagi orang-orang biasa seperti saya. Kita ambil satu contoh. Kos untuk rawatan Angioplasti anggarannya ialah RM20,000 - RM30,000. Medikal kad anda hanya mempunyai had sehingga RM25,000 setahun. InsyaAllah mencukupi untuk bil

Imtiyaz Anglers - Kenyir 2017

Alhamdulillah.... Selesai sudah Kenyir Trip 2017. Trip yang berlangsung selama 3 hari 2 malam iaitu bermula 18 Dec 2017 - 20 Dec 2017 diatas BotHouse Abg Baharun (Siam Kenyir). Perkhidmatan yang terbaik, makanan yang sangat sedap dan satu trip 'release tension' yang berjaya.    Jumpa lagi di 'Next' trip pada 2018. InsyaAllah....

Tips Takaful (1)

1) Peruntukkan sekurang-kurangnya 5% - 10% dari gaji bulanan untuk Takaful. 2) Seboleh-bolehnya pastikan 'Sum Covered' atau Hibah yang akan kita tinggalkan itu mencukupi untuk isteri comel 10 tahun perbelanjaan bulanannya. 3) Semasa kita dihinggapi sakit kritikal tahap 3 dan 4, kita dah tak mampu nak membayar caruman tahunan. Jadi pastikan ejen kacak atau ejen cun masukkan Waiver dalam Polisi Takaful kita. 4) Begitu juga jika kita mengambil Polisi Takaful untuk anak-anak pastikan ejen kacak dan ejen cun memasukkan 'Waiver For Payor' ke dalam polisi kita. Ini kerana jika berlaku kematian, Hilang Upaya Kekal dan Sakit Kritikal kepada kita sebagai pembayar, caruman tahunan polisi anak kita tidak lagi perlu dibayar dan dilindungi sepenuhnya manfaat ke atas anak kita itu sehingga berumur 25 tahun. (Had umur ini bergantung kepada Syarikat Pengendali). 5) Pastikan Polisi Takaful kita ada Fungsi Hibah. 6) Para Suami Hensem, dalam ruangan Hibah masukk

Fungsi 'Waiver Contributor' dan 'Waiver For Payor'

Nama diatas diatas ialah nama umum. Ada pelbagai nama kepada rider ini. Nama sebenar bergantung kepada setiap Pengendali Takaful. 1) Waiver Contributor 'Waiver contributor' ialah satu Rider atau Plan Tambahan yang di 'attach'kan ke dalam Plan Takaful anda. Rider ini berfungsi apabila anda selaku orang dilindungi mengalami salah satu daripada 2 situasi berikut iaitu: i) Sakit Kritikal ii) Hilang Upaya Kekal Sewaktu kita masih sihat dan ada pendapatan, InsyaAllah kita mampu membayar caruman kita. Tetapi apa akan jadi jika kita tidak mampu lagi untuk bekerja atau hilang pendapatan apabila ditimpa musibah. Apabila anda ditimpa 2 perkara diatas, caruman anda akan menjadi percuma tanpa memberi kesan kepada manfaat-manfaat yang lain seperti Medikal Kad.   2) Waiver For Payor Rider ini adalah untuk melindungi manfaat anak seandainya pembayar samaada ibu atau bapa yang menjadi Pemilik kepada Polisi anak itu ditimpa salah satu atau 3 perkara berikut

Sudahkah anda bersedia?

Anda ada duit simpanan RM100,000. Anda ditimpa musibah dan tidak mampu untuk bekerja. Situasi pertama: Anda mengeluarkan sedikit demi sedikit simpanan RM100,000 anda bagi menampung kos rawatan dan pendapatan anda sepanjang tidak bekerja. Situasi kedua: Anda tidak mengusik wang simpanan anda kerana keseluruhan bila rawatan dan elaun harian anda di beri oleh pihak ketiga.... Persoalan: Yang mana satu pilihan anda? Bagi mendapatkan penjelasan lanjut berkenaan Income Protection, boleh hubungi saya Hanisham 0123412563 untuk sesi temujanji.

Elaun Hospital / Hospital Income

Hospital Income Extra-i ialah Elaun Kemasukkan Wad yang pelanggan akan dapat jika masuk ke Hospital Panel atau Hospital Kerajaan jika mengambil Produk A Life Link-i dengan AIA Public Takaful. Situasi Pertama Jika anda mengambil Produk A Life Link-i + Medikal Kad berapa elaun wad anda akan dapat jika anda admit di Hospital Kerajaan? Anda akan dapat 2 elaun wad. i) Hospital Income Extra-i yang mana jika di 'attachkan' dengan rider ini anda akan dibayar bermula dari RM50, RM100, RM150, RM200, RM250, RM300, RM350 dan RM400 sehari. Tertakluk kepada mana satu pilihan hati anda. Katakanlah RM100 sehari. ii) Elaun Tunai Hospital Kerajaan - Elaun ini anda akan dapat jika anda admit di hospital kerajaan. Anda akan dibayar RM100 sehari. Ini bukan rider atau pelan tambahan tetapi ianya adalah Manfaat yang terdapat didalam Medikal Kad AIA Public Takaful itu sendiri. Jika anda masuk ke hospital kerajaan, elaun wad anda akan dapat ialah: Hospital Income Extra-i + Elaun Tuna

Takaful sebagai Penampan Kebocoran Kewangan Anda

Selain dari berfungsi sebagai Perlindungan untuk perubatan dan sakit kritikal, Takaful berfungsi sebagai satu p enampan kepada kebocoran kewangan anda. Hampir setiap dari kita mempunyai simpanan peribadi sekurang-kurangnya di ASB dan Tabung Haji. Setiap bulan kita menyimpan beberapa peratus dari pendapatan asas kita seperti gaji dan keuntungan perniagaan untuk digunakan sebagai modal pusingan perniagaan, pendidikan anak-anak dan simpanan bagi menunaikan Ibadah Haji. Maksud kebocoran kewangan ini ialah anda akan menggunakan segala wang simpanan yang anda ada untuk menampung suatu kos lain yang disebabkan oleh sesuatu musibah. Apabila berlaku sesuatu Kejadian, ianya akan diikuti oleh 2 kembarnya iaitu Risiko dan Impak Sebagai contoh, Kejadian - Kemalangan di tempat kerja Risiko - Kematian / Hilang Upaya / Cedera Parah Impak Risiko - Hilang Pendapatan / Bil perubatan yang tinggi Berdasarkan kepada perkara diatas, dengan hanya RM5 anda menyimpan sehari anda mampu mendap

Daiwa Feugo CT100XSL

Ini ialah percubaan pertama saya menggunakan baitcaster sepanjang dalam dunia memancing. Orang kata kali pertama guna akan berlakunya tragedi 'mihun goreng takde sayur'. Takpe, kita try dulu dan tengok apa jadi 😁😁

Well Updated....

Salam Semua, Hampir 6 tahun blog ini saya tinggalkan begitu sahaja. Bukan sekadar bersawang malah kemungkinan besar telah dihuni oleh makhluk lain... Heheheh 2018 bakal menjelang beberapa hari lagi. Salah satu dari azam saya untuk 208 ialah mengaktifkan kembali blog ini bagi tujuan kerjaya, aktiviti harian dan hobi saya. Insyallah blog ini akan 'well updated' pada 208 ini. See you in 2018... Selamat Menyambut Tahun Baru 2018