Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Rawatan STENT

Kuala Lumpur : Selaras usaha mengubati kardiovaskular yang menjadi antara penyumbang utama kematian di negara ini, Institut Jantung Negara (IJN) tampil dengan kaedah terbaru rawatan jantung koronari menerusi pengenalan stent terkini keluaran Axxess. Stent terbabit sebelum ini sudah digunakan secara meluas untuk merawat salur pembuluh darah lurus yang tersumbat, namun kini diperkenalkan khusus bagi rawatan salur bercabang. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata, beliau yakin kaedah itu selamat berdasarkan kejayaan terdahulu ke atas 557 pesakit yang terbukti mempamerkan perkembangan positif hasil implan dilakukan. Menurut beliau, rawatan stent itu juga sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa pada April lalu menerusi CE mark dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menggunakan kaedah itu. “Kita mengesyorkan pesakit menggunakan kaedah itu berbanding surgeri kerana ia lebih mudah, selain memberi hasil lebih baik namun bergantung kep