Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2007

Penangan Si Sepit Biru

Trip ni diadakan pada Ahad 8/7/07. Fuhhh Yoooo... best jugak trip ni lebih-lebih lagi bila menerima tarikan ganas udang galah ala-ala sepat ronggeng gitu.... Trip ni dah dirancang hampir sebulan yang lalu yang mana 'organizer' untuk trip ni memang orang kampung tempat kitorang pegi tu. Trip ni di sertai oleh 15 otai. Semuanya memang pemancing tegar tahap tak boleh pulih dah ketegarannya. Macam biase ler.... posing dulu sebelum turun. Trip bermula apabila kami mula berkumpul di sebuah restoran di Pekan Tg Karang. Berkumpul sambil bersarapan pagi. Setelah selesai makan kami mula bertolak ke pangkalan untuk menaiki bot. Bila sampai je bot dah 'ready'. Para-para juragan pun mulalah panaskan enjin bot masing. Semuanya 5 buah bot. Setiap bot 3 orang. Bersiap untuk ke padang pancing Perjalanan mengambil masa 1/2 jam untuk sampai ke 'port' masing-masing. Bila berlabuh je bot, masing-masing apa lagi labuhkan pancinglah. Tarikan pertama tak sampai 5 minit. Bila angkat je.