Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2012

Berat Mata Memandang, Berat Lagi Bahu Memikul

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Satu pepatah melambangkan kebijaksanaan masyarakat dahulu kala dalam membayangkan tentang kesusahan orang lain. Kita yang melihat sudah merasai betapa peritnya kesusahan tersebut bagaimanalah pula dengan yang memikul masalah tersebut. Pada hari ini ianya cukup relevan dengan kegunaan semasa. Hampir setiap hari kita melihat kesengsaraan orang lain baik secara langsung atau tidak langsung. Mungkin hari ini kita mencebik bila melihat seorang pakcik tua menggeledah tong sampah mencari tin-tin aluminium untuk dijual bagi membeli sebungkus nasi. Mungkin hari ini kita menutup hidung bila duduk bersebelahan dengan seorang aci tua ketika dia datang meminta RM1 dikedai makan ketika kita sedang berselera melantak ayam goreng, mungkin hari ini kita menukar ke stesen TV yang lain ketika siaran Bersamamu sedang keudara, TAPI pastikah kita yang suatu ketika nanti kita akan jadi penyelongkar tong sampah bagi mencari tin aluminium, isteri kita dicebik keti