Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2007

Pulau Angsa Lagi

Trip ini diadakan pada 17/11/2007 hingga 18/11/2007. Disertai oleh 12 orang kaki pancing dari Ace Anglers Team. Terbahagi kepada 2 bot. Bot 1 Rashid (Chief merangkap chef) Izad Apen Salim Asri Osman Bot 2 Fazdli (Chief merangkap chef) Abg Joe Sham Hussin Nizam Roslan Peralatan perang Loading Peralatan perang masuk dalam Frontier Izad Kami sampai di jeti Jeram lebih kurang pukul 6 petang dan bot Ahlong telah sedia menunggu. Barang-barang terus di punggah ke dalam bot. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Segalanya selesai dalam masa yang singkat. RAshid & Asri Baiki bot bocor agaknya diorang ni. Selesai proses pengambilan umpan hidup iaitu Sotong Kurita dan udang, bot mula bergerak. Waktu ni matahari telah mula tenggelam. Indahnya Ya Allah ciptaan engkau... Terasa betapa kecilnya diri ni bila berada ditengah laut diwaktu matahari mula tenggelamkan diri. Perjalanan ke Pulau Angsa mengambil masa lebih kurang 1 ke 2 jam. Mas

Selalu Tukar Umpan Mampu Gamit Ikan

Dipetik dari akhbar Joran; SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu. Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula. “Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya. Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis. “Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera. Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis sin

Trip Pulau Angsa

Trip ini diadakan pada 11/8 - 12/8/2007. Trip ini disertai oleh 13 peserta yang terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan Ryobi: Rashid Izad Salim Faizal Syamrim Khairul Nizam Kumpulan Daiwa: Hanisham Sy. Jafari Noh Hussin Uwais Mokhtar Dawod Mohidin Yusof Ibrahim Bergambar sebelum naik bot Kami telah sampai di jeti lebih kurang pukul 4 petang. Selepas mengisi perut, barang-barang pun diangkut kedalam bot. Lebih kurang 15 minit kemudian bot mula bergerak keluar dari jeti Kuala Selangor. Pergerakan bot perlahan kerana keadaan laut yang sedikit bergelora. Bot geng-geng Ryobi Wajah-wajah ceria semasa bot mula-mula jalan.... Pas ni taulah korang Bot belayar lebih kurang 2 jam dari jeti. Selepas melintasi Pulau Angsa, tekong bot telah melabuhkan sauh di port pertama. Apa lagi, umpan pun dilabuhkan lah.... Hasil... Gelama. Pulau Angsa Selepas Maghrib bot bertukar port lagi. Kali ni disekitar Pulau Angsa. Port Tong Karat ikut kata tekong. Hasil!!! Kali ini lumayan sikit sbb dapat ikan duri.. hehe

Penangan Si Sepit Biru

Trip ni diadakan pada Ahad 8/7/07. Fuhhh Yoooo... best jugak trip ni lebih-lebih lagi bila menerima tarikan ganas udang galah ala-ala sepat ronggeng gitu.... Trip ni dah dirancang hampir sebulan yang lalu yang mana 'organizer' untuk trip ni memang orang kampung tempat kitorang pegi tu. Trip ni di sertai oleh 15 otai. Semuanya memang pemancing tegar tahap tak boleh pulih dah ketegarannya. Macam biase ler.... posing dulu sebelum turun. Trip bermula apabila kami mula berkumpul di sebuah restoran di Pekan Tg Karang. Berkumpul sambil bersarapan pagi. Setelah selesai makan kami mula bertolak ke pangkalan untuk menaiki bot. Bila sampai je bot dah 'ready'. Para-para juragan pun mulalah panaskan enjin bot masing. Semuanya 5 buah bot. Setiap bot 3 orang. Bersiap untuk ke padang pancing Perjalanan mengambil masa 1/2 jam untuk sampai ke 'port' masing-masing. Bila berlabuh je bot, masing-masing apa lagi labuhkan pancinglah. Tarikan pertama tak sampai 5 minit. Bila angkat je.

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA

Oleh: Aznir Malek Para Pemancing, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca lakaran ini! Kebelakangan ini, memancing telah menjadi aktiviti rekreasi yang amat digemari di negara kita. Namun, beberapa isu kini mencabar kita. Isu seperti kepupusan spesis ikan negara, pencamaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tatasusila dikalangan para pemancing. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapung-apung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan! Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh, dan mempraktikkan aktiviti memancing secara bereti

Merdeka Trip 2005

Trip diadakan pada 31 Ogos 2005. Orang pegi sambut kat Dataran Merdeka kitorang pegi masuk hutan cari Kelah. Tapi hampa. Bukan Kelah yang kami jumpa tapi spesis Sikang ataupun lebih saya kenali sbg Trout Malaya. Spesis ini tergolong didalam spesis ikan terancam dan diambang kepupusan. Jenis yang banyak tulang. Habitatnya kawasan sungai yang berarus laju. Kalau nak pancing spesis ni carilah kawasan yang sedikit berjeram. Trip ni diadakan di Sg Bentong. Mak aiihhhh.. banyaknya Sikang kat sungai Bentong ni. Tak sangka pulak macam tu punya banyak spesis terancam ni. Walauapapun bukan hasil tangkapan jadi ukuran tetapi kepuasan bila dapat menyedut udara segar tu yang melebihi segala-galanya. Alangkah indah dan bermaknanya kalaulah setiap hari dapat berkeadaan begitu. Seronok bangat beb bila sesekali release tension ni. Pulak tu kalau pegi tempat-tempat macam tu. Kat bawah ni ada beberapa koleksi gambar yang sempat dirakam semasa trip ini berjalan. Semoga dapat jadi tatapan semua. Kepada ses

Trip Semenyih 4

Peserta trip: 1) Rashid 2) Izad 3) Hanisham 4) Syed Jafari 5) Syed Hamzah 6) Fazdli 7) Abg Mat 8) Pak Ya 9) Rahmat 10) Abg Lan 11) Atan 12) Tajul Setelah merancang hampir satu bulan, tanggal 16 July 2005 telah tiba. Tepat jam 2 petang sebahagian peserta Trip Semenyih 4 telah berkumpul dihadapan ACE Polymers. Setelah membuat pemeriksaan terakhir ke atas segala kelengkapan, maka lebih kurang 2.30 petang kami pun bertolak. Lokasi pertama kami ialah rumah Rashid yang terletak di Ampang Jaya. Perjalanan memakan masa lebih kurang 45 minit termasuklah mengharungi jem yang mengila kat Batu Caves. Setelah sampai di lokasi pertama, kami di jamu air oren beb…. Time kasih Rashid atas jamuan tersebut. Tepat jam 3.15 petang seorang lagi peserta trip pun sampai. Mamat tu nama dia Tajul. Setelah cukup geng kami terus bertolak ke Padang Pancing yang menjadi sasaran kami iaitu Dam Semenyih.Dalam perjalanan ke Dam Semenyih tersebut kami telah singgah sekejap di pekan Batu 14, Hulu Langat untuk membeli be