Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari 2008

From Pyongteak to Anyang.....

Arini dah tak keje sebab Korea dah start bercuti panjang sempena Musim Panas. Checkout dari Kabo Hotel tepat pukul 12 tgahri. Sampai je di lobbi Mr Park dah terpacak tunggu kitorang. Dia nak tolong hantar ke Metropolitan Station (kat Malaysia Stesen Komuter). Pengalaman pertama aku menaiki pengangkutan awam kat negara orang. Komen aku, pengangkutan awam disini amat bagus sebab menepati masa dan cekap. Adalah tak menghairankan bila tengok rakyatnya berpusu-pusu menggunakan pengangkutan awam. Semasa dalam Metropolitan, aku disapa oleh seorang kanak-kanak yang dalam linkungan 6 tahun. Mula-mula tu dia cakap Korea tapi bila aku cakap aku tak tau berbahasa Korea dia gelak je. Pastu dia pun tanyerlah mak dia cane nak caka Inggeris. Nak tergelak aku sbb budak ni seboleh-bolehnya nak jugak cakap ngan aku. Soalan pertama dia, Where are u from? Aku jawab from Malaysia. Dia tak tau. Bila aku cakap U know Kuala Lumpur. Yesssss..... Tahu pun Kuala LUmpur tu apa. Pastu dia tanyer plak nama aku. Aku

Wacana Budak Jauh.....

Hari ke dua aku di Korea. Penat giler keje kat sini sbb terikut2 rentak cara kerja orang kat sini tapi walaupun penat terasa keseronokan bekerja dengan orang kat sini. Time kerja memang kerja sungguh2 dan bila cukup time untuk rehat akan terus pergi rehat tanpa ada sepatah perkataan nak tunggu sekejap. Itulah budaya masyarakat Korea yang terlalu taksub dengan kerja dan semangat ingin majukan negara. Adakah kita kat Malaysia macam tu? Tepuk dahi tanyerlah hidung. Bagi aku aku bila menjalani kehidupan disini baru 2 hari aku dah boleh mesra dengan diorang walaupun kadang2 masalah bahasa membataskan sedikit pemahaman antara 1 sama lain. Tapi yang bestnya walaupun masyarakat disini kurang untuk berbahasa inggeris, semangat ingin menyampaikan tu yang buat aku takjub. Memang mula2 aku jd blurrrr sampai tertanyer2 apalah yang mamat ni cakap ngan aku ni. Tapi dah 2 arini dah boleh paham lenggok gaya percakapan diorang tu. Yang buat aku rasa respek ngan diorang ialah dalam bab kerja semua lapisa

Salam From Land Of Korea

Salam semua... Alhamdulillah akhirnya selamat jugak saya jejakkan kaki di bumi Korea ini. Sampai pagi tadi tepat jam 8.30 pagi waktu Korea yang mana waktu Malaysia pukul 7.30 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon. Dugaan pertama bermula apabila disoal oleh Imegresen yang kurang memahami bahasa Inggeris. Banyak gile soalan ditanya. Tapi syukur pada Allah sebab tak lama selepas itu aku di lepaskan jugak. Berpeluh siot menjawab soalan2 yang macam2 dari diorang. Sampai di je dipintu keluar dah ada driver yang tunggu aku ngan kawan aku sorang ni. Mamat driver ni pun tak tahu berbahasa Inggeris. Macam itik ngan ayam aku dalam Kia Carnival tu. Yang aku paham dia cakap perjalanan akan ambil masa sejam setengah lagi. Apa lagi layan tido ler.... Sampai je destinasi aku di Pyongtek terus pegi kat supplier aku tu. Aduiiii.. ingat bolehlah rehat.. sampai ke malam aku keje ari ni. Penatnyer.....

Along & Angah

Sabtu & Ahad baru ni aku ke Kelantan balik menjenguk 2 orang hero yang manja ngan aku. Emmm.. m mg tak lekang. Asyik nak berkepit je. Pantang tinggal sampai Papa dia nak mandi pun ade yang nak ikut. Terpaksalah mand i sekali ngan diorang . Si Along tak berapa sihat sbb badan kena gatal-gatal disebabkan alahan kepada makanan laut. Along ni suka sangat ngan sotong dan udang. Kalau dapat makan mmg tak ingat dunia. Tapi akibatnyer kulit amat sensitif ngan benda-benda terse but. Macam-macam hal anak istimewa aku ni. Kesabaran kena tinggi bila berhadapan dengan dia. Seorang anak yang istimewa dan selama bersama dengan dia aku banyak belajar tentang kehidupan, kesedihan dan ke sabaran. Memang Allah kurniakan dia pada aku untuk mengajar aku apa itu kesabaran dan jangan putus asa. Muka berceloreng sbb alahan Sekarang ni dah ada tabiat baru. Dia suka bergambar. Bila pas ambil je gambar terus datang kat kamera sebab nak tgk gambar yang dah diambil. Pas dah tengok baru pegi tempat lain untuk

Kisah Abu Hurairah Dan Pencuri

Pada suatu ketika Abu Hurairah diperintahkan untuk menjaga Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Suatu hari seorang pencuri telah mencuri sedikit makanan daripada Baitulmal. Setelah menyedari perkara tersebut, dengan pantas Abu Hurairah menangkap pencuri tersebut . Pencuri tersebut telah merayu kepada Abu Hurairah supaya dilepaskan kerana dia seorang miskin dan mempunyai ramai anak yang perlu ditanggung. Pencuri tersebut memohon supaya dibebaskan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama baginya. Oleh kerana Abu Hurairah merasa kasihan, beliau telah melepaskan pencuri tersebut sambil memberi amaran supaya tidak lagi melakukan kerja tersebut. Pada pagi esoknya Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi. Rasulullah berkata "Pencuri tersebut bercakap bohong dan dia akan datang lagi pada malam esoknya. Pada malamnya Abu Hurairah mempertingkatkan lagi kawalan di sekitar Baitulmal supaya pencuri itu tidak dapat lagi mencuri