Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2007

Pulau Angsa Lagi

Trip ini diadakan pada 17/11/2007 hingga 18/11/2007. Disertai oleh 12 orang kaki pancing dari Ace Anglers Team. Terbahagi kepada 2 bot. Bot 1 Rashid (Chief merangkap chef) Izad Apen Salim Asri Osman Bot 2 Fazdli (Chief merangkap chef) Abg Joe Sham Hussin Nizam Roslan Peralatan perang Loading Peralatan perang masuk dalam Frontier Izad Kami sampai di jeti Jeram lebih kurang pukul 6 petang dan bot Ahlong telah sedia menunggu. Barang-barang terus di punggah ke dalam bot. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Segalanya selesai dalam masa yang singkat. RAshid & Asri Baiki bot bocor agaknya diorang ni. Selesai proses pengambilan umpan hidup iaitu Sotong Kurita dan udang, bot mula bergerak. Waktu ni matahari telah mula tenggelam. Indahnya Ya Allah ciptaan engkau... Terasa betapa kecilnya diri ni bila berada ditengah laut diwaktu matahari mula tenggelamkan diri. Perjalanan ke Pulau Angsa mengambil masa lebih kurang 1 ke 2 jam. Mas

Selalu Tukar Umpan Mampu Gamit Ikan

Dipetik dari akhbar Joran; SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu. Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula. “Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya. Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis. “Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera. Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis sin