Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2008

Kisah Abu Hurairah Dan Pencuri

Pada suatu ketika Abu Hurairah diperintahkan untuk menjaga Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Suatu hari seorang pencuri telah mencuri sedikit makanan daripada Baitulmal. Setelah menyedari perkara tersebut, dengan pantas Abu Hurairah menangkap pencuri tersebut . Pencuri tersebut telah merayu kepada Abu Hurairah supaya dilepaskan kerana dia seorang miskin dan mempunyai ramai anak yang perlu ditanggung. Pencuri tersebut memohon supaya dibebaskan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama baginya. Oleh kerana Abu Hurairah merasa kasihan, beliau telah melepaskan pencuri tersebut sambil memberi amaran supaya tidak lagi melakukan kerja tersebut. Pada pagi esoknya Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi. Rasulullah berkata "Pencuri tersebut bercakap bohong dan dia akan datang lagi pada malam esoknya. Pada malamnya Abu Hurairah mempertingkatkan lagi kawalan di sekitar Baitulmal supaya pencuri itu tidak dapat lagi mencuri