Langkau ke kandungan utama

Trip Pulau Angsa

Trip ini diadakan pada 11/8 - 12/8/2007. Trip ini disertai oleh 13 peserta yang terbahagi kepada 2 kumpulan.

Kumpulan Ryobi:
  1. Rashid
  2. Izad
  3. Salim
  4. Faizal
  5. Syamrim
  6. Khairul Nizam
Kumpulan Daiwa:
  1. Hanisham
  2. Sy. Jafari
  3. Noh
  4. Hussin
  5. Uwais Mokhtar
  6. Dawod Mohidin
  7. Yusof Ibrahim


Bergambar sebelum naik bot

Kami telah sampai di jeti lebih kurang pukul 4 petang. Selepas mengisi perut, barang-barang pun diangkut kedalam bot. Lebih kurang 15 minit kemudian bot mula bergerak keluar dari jeti Kuala Selangor. Pergerakan bot perlahan kerana keadaan laut yang sedikit bergelora.



Bot geng-geng Ryobi



Wajah-wajah ceria semasa bot mula-mula jalan.... Pas ni taulah korang

Bot belayar lebih kurang 2 jam dari jeti. Selepas melintasi Pulau Angsa, tekong bot telah melabuhkan sauh di port pertama. Apa lagi, umpan pun dilabuhkan lah.... Hasil... Gelama.



Pulau Angsa

Selepas Maghrib bot bertukar port lagi. Kali ni disekitar Pulau Angsa. Port Tong Karat ikut kata tekong. Hasil!!! Kali ini lumayan sikit sbb dapat ikan duri.. hehehhhe.... Aktiviti malam tu lebih tertumpu kepada ikan duri dan gelam. Malam tu arus bawah sekitar Pulau Angsa mulai laju. Batu ladung saiz 12 pun boleh terapung beb...... Bot kerap berpindah port sbb hasil sama iaitu duri dan gelama. Lepas pukul 3 pagi, masing-masing dah terbaring atas lantai bot. Keletihan dek dilambung ombak.



Pagi hari kedua

Pagi hari kedua, awan dah mula berarak mendung. Angin yang mula tadi sepoi-sepoi bahasa dah mula bertiup kencang disertai dengan hujan renyai-renyai. Tanda-tanda ribut akan datang telah mula kelihatan. Tekong pindah lagi. Kali ni betul-betul dibawah pemancar satelit Pulau Angsa. Ombak telah mula mengoleng bot. Ombak telah mula menjadi besar. Safety jacket dah tersisip kemas dibadan masing-masing. Tahu takut bila tengok ombak dah mula menghempas bot. Mancing tetap diteruskan. Kali ni tekong telah menaikkan Jenahak dalam lingkungan 4 kilo dengan umpan Sotong Kurita. Berdesit 'drag' pancing wak tekong tu melayan jenahak. Jenahak berjaya didaratkan. Kami still layan gelama ngan duri lagi. Adoiii.. banyak benor spesis ni kat Pulau Angsa. Setelah menunggu hampir sejam, bot pindah lagi. Kali ini atas lagi dari Pulau Angsa. Keadaan masa tu dah macam tak mengizinkan kami pergi lebih jauh. Bot pun macam dah tak mampu nak belah ombak. Sampai disebuah pulau, kami sepakat untuk balik ke pangkalan kerana ombak terlalu besar dan masing-masing dah senyap sebab dah mula pening-pening lalat. Pulak tu dengan bot yang beroleng dihempas ombak membuatkan masing-masing kecut perut kot.... hhhehehehehhe.....

Setelah menempuh perjalanan pulang yang agak mencabar mental, akhirnya bot selamat tiba dipengkalan. Alhamdulillah, kami selamat sampai. Hasil keseluruhan hanyalah ikan gelama dan ikan duri. Hasil tangkapan dibahagi sama rata dan kami berangkat pulang lebih kurang pukul 4 petang. Trip ini adalah yang pertama kepada para-para 'beginer'. Keseluruhannya trip ni berjaya dan trip ni jugak dapat tengok ada yang kantoi sbb mabuk termasuklah aku sekali. 2 hari 2 malam mabuk darat... HAHAHHAHAHA...........

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip Kenyir May 2010 (Part 1)

Serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua followers. Cerita tentang trip akan di publishkan sedikit masa lagi di sini . Sekarang ni tengah tunggu gambar2 dari para cameraman yang bertauliah. Dah ade gambo nnt aku postkan lagi kat sini. Yeaahhhhhhh....

Slot iRecharge di Imtiyaz Consultancy

Slot iReharge bersama Pn Ainul Mazni Satu slot yang sangat terbaik. Membincangkan tentang 6 perkara iaitu: Quran Solat Infaq Ghaib Unzila Akhirat   Bagi menambah pendapatan sampingan, anda dijemput untuk menyertai kami di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd sebagai Perunding Takaful. Bekerjaya di Agensi No 1 di AIA Malaysia. Keterangan lanjut sila hubungi: Hanisham Ab Halim : 0123412563

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka. Kes 1 Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat be...