Trip ini diadakan pada 17/11/2007 hingga 18/11/2007. Disertai oleh 12 orang kaki pancing dari Ace Anglers Team. Terbahagi kepada 2 bot. Bot 1 Rashid (Chief merangkap chef) Izad Apen Salim Asri Osman Bot 2 Fazdli (Chief merangkap chef) Abg Joe Sham Hussin Nizam Roslan Peralatan perang Loading Peralatan perang masuk dalam Frontier Izad Kami sampai di jeti Jeram lebih kurang pukul 6 petang dan bot Ahlong telah sedia menunggu. Barang-barang terus di punggah ke dalam bot. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Segalanya selesai dalam masa yang singkat. RAshid & Asri Baiki bot bocor agaknya diorang ni. Selesai proses pengambilan umpan hidup iaitu Sotong Kurita dan udang, bot mula bergerak. Waktu ni matahari telah mula tenggelam. Indahnya Ya Allah ciptaan engkau... Terasa betapa kecilnya diri ni bila berada ditengah laut diwaktu matahari mula tenggelamkan diri. Perjalanan ke Pulau Angsa mengambil masa lebih kurang 1 ke 2 jam. Mas...
"Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma"