Langkau ke kandungan utama

Selalu Tukar Umpan Mampu Gamit Ikan

Dipetik dari akhbar Joran;

SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu.


Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula.

“Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya.

Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis.

“Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera.

Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis singgah di warung Pak Jantan untuk mendapatkan petua bagaimana cara umpan dapat bertahan lama dalam air laut walaupun keadaan arus terlalu deras.

Pak Jantan dan Pak Dolmat sependapat bahawa jika dalam air melebihi 50 meter dan arus terlalu deras, pemancing dinasihatkan mengguna umpan yang liat seperti isi sotong segar atau isi ikan selayang segar atau ikan hidup.

Cara menurunkan umpan ke dasar juga perlu diberi perhatian. Anda tidak boleh serta-merta atau terus menghulurnya ke dasar kerana cara ini dibimbangkan umpan isi ikan yang tidak segar akan tanggal dari mata kail dengan sendirinya.

Cara paling baik anda perlu menurunkan umpan dengan perlahan dan berhenti seketika dan teruskan semula. Lakukan ini beberapa kali hingga batu ladung mencecah dasar. Seperti biasa apabila mencecah dasar, gulung sedikit tali supaya umpan terampai-ampai.

Kita juga perlu selalu menukar umpan dengan yang baru kerana kadang kala anda tidak sedar bahawa umpan sudah lama hilang dari mata kail dan ini tentunya menghampakan anda untuk mendaratkan ikan.

Petua selalu menukar umpan adalah sesuatu yang terbaik untuk diamalkan dan tentunya dapat menarik minat ikan di dasar. Petua yang sama juga selalu diceritakan oleh pemenang acara GP Joran sejak 10 tahun lalu.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip Kenyir May 2010 (Part 1)

Serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua followers. Cerita tentang trip akan di publishkan sedikit masa lagi di sini . Sekarang ni tengah tunggu gambar2 dari para cameraman yang bertauliah. Dah ade gambo nnt aku postkan lagi kat sini. Yeaahhhhhhh....

Slot iRecharge di Imtiyaz Consultancy

Slot iReharge bersama Pn Ainul Mazni Satu slot yang sangat terbaik. Membincangkan tentang 6 perkara iaitu: Quran Solat Infaq Ghaib Unzila Akhirat   Bagi menambah pendapatan sampingan, anda dijemput untuk menyertai kami di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd sebagai Perunding Takaful. Bekerjaya di Agensi No 1 di AIA Malaysia. Keterangan lanjut sila hubungi: Hanisham Ab Halim : 0123412563

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka. Kes 1 Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat be...