Langkau ke kandungan utama

Kisah Abu Hurairah Dan Pencuri

Pada suatu ketika Abu Hurairah diperintahkan untuk menjaga Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Suatu hari seorang pencuri telah mencuri sedikit makanan daripada Baitulmal. Setelah menyedari perkara tersebut, dengan pantas Abu Hurairah menangkap pencuri tersebut . Pencuri tersebut telah merayu kepada Abu Hurairah supaya dilepaskan kerana dia seorang miskin dan mempunyai ramai anak yang perlu ditanggung. Pencuri tersebut memohon supaya dibebaskan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama baginya. Oleh kerana Abu Hurairah merasa kasihan, beliau telah melepaskan pencuri tersebut sambil memberi amaran supaya tidak lagi melakukan kerja tersebut.

Pada pagi esoknya Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi. Rasulullah berkata "Pencuri tersebut bercakap bohong dan dia akan datang lagi pada malam esoknya.

Pada malamnya Abu Hurairah mempertingkatkan lagi kawalan di sekitar Baitulmal supaya pencuri itu tidak dapat lagi mencuri. Walaupun kawalan diperketatkan pencuri tersebut berjaya juga mencuri makanan daripada Baitulmal. Tetapi nasib pencuri tidak menyebelahinya, dan dia sekali lagi ditangkap. Kali ini Abu Hurairah mengugut akan membawanya kepada Rasulullah. Dengan perasan hiba pencuri tersebut merayu sekali lagi bahawa dia mencuri disebabkan kemiskinan yang dialaminya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. Kali ini Abu Hurairah merasa kasihan dan melepaskan pencuri tersebut.

Pada pagi esoknya Abu Hurairah menceritakan sekali lagi kepada Rasulullah akan peristiwa yang berlaku pada malam tadi dan beliau telah melepaskanya kerana berasa kasihan diatas rayuan yang dibuat oleh pencuri tersebut. Rasulullah sekali lagi berkata bahawa pencuri tersebut juga berbohong dan akan datang lagi pada malam ini untuk mencuri.

Pada malamnya Abu Hurairah sekali lagi mengetatkan kawalan supaya puncuri tersebut tidak dapat mencuri. Kali ini Abu Hurairah akan lebih berhati-hati. Setelah menunggu agak lama ternampaklah bayang-bayang pencuri tersebut datang dan mencuri makanan dari Baitulmal. Pada kali ini juga pencuri tersebut dapat ditangkap dan sekali lagi pencuri tersebut merayau seperti malam sebelumnya. Abu Hurairah berkata di dalam hatinya bahawa dia tidak akan memperdulikan rayuan pencuri tersebut serta mengenggam dengan kuat tangan pencuri tersebut. Menyedari keadaan ini pencuri tersebut berfikir bahawa dia tidak akan terlepas pada kali ini dan sudah pasti akan menerima hukuman, lalu dia berkata "Mahukah kamu aku ajarkan beberapa ayat yang sangat berguna". Kata Abu Hurairah "Apakah ayat tersebut". Pencuri tersebut memberitahu " Bacalah ayat kursi dari awal hingga akhir ayat sebelum kamu tidur nescaya kamu terselamat daripada gangguan syaitan sehingga pagi". Setelah mendengar kata-kata pencuri tadi, Abu Hurairah membebaskan pencuri tersebut.

Pada pagi esoknya, Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan kepada baginda akan peristiwa malam tadi bahawa pencuri tersebut mengajarnya beberapa ayat dan apabila dibaca ianya akan terhindar daripada gangguan syaitan sehingga pagi. Berkata Rasulullah "Apakah ayat tersebut". Abu Hurairah berkata "Ayat tersebut adalah ayat kursi". Berkata Rasulullah "Pencuri itu berkata benar walaupun ia adalah pendusta." Berkata lagi Rasulullah "Tahukah kamu siapa dia pencuri tersebut" Abu Hurairah menjawab "Tidak tahu" "Dia adalah syaitan." kata Rasulullah.

Begitulah adik-adik, kisah yang dapat abang paparkan pada kali ini. Oleh itu bacalah ayat kursi sebelum adik-adik tidur moga-moga adik-adik dapat tidur dengan nyenyak dan terhindar daripada gangguan syaitan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip Kenyir May 2010 (Part 1)

Serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua followers. Cerita tentang trip akan di publishkan sedikit masa lagi di sini . Sekarang ni tengah tunggu gambar2 dari para cameraman yang bertauliah. Dah ade gambo nnt aku postkan lagi kat sini. Yeaahhhhhhh....

Slot iRecharge di Imtiyaz Consultancy

Slot iReharge bersama Pn Ainul Mazni Satu slot yang sangat terbaik. Membincangkan tentang 6 perkara iaitu: Quran Solat Infaq Ghaib Unzila Akhirat   Bagi menambah pendapatan sampingan, anda dijemput untuk menyertai kami di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd sebagai Perunding Takaful. Bekerjaya di Agensi No 1 di AIA Malaysia. Keterangan lanjut sila hubungi: Hanisham Ab Halim : 0123412563

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka. Kes 1 Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat be...