Langkau ke kandungan utama

Dari Tangga kepada Eskalator

Dalam mendaki tangga-tangga kejayaan ianya tak semudah yang disangka. Saban hari akan berhadapan dengan bermacam pancaroba dan dugaan yang datang bertalu-talu. Ketiadaan modal untuk bergerak, stress dengan pelbagai masalah hutang piutang, tekanan dari kekusutan fikiran dalam memikirkan segala macam perbelanjaan harian dan segala macam benda lagi yang sarat bersarang dalam kotak pemikiran.

Jikalaulah setiap kejayaan itu mampu dikecapi dengan hanya sekelip mata dan bagai membeli ayam di pasar KKB kan bagus. Tapi jika semudah itu, adakah ianya layak untuk digelar kejayaan? Kesukaran yang aku rasa pada hari ini mungkin hanya 0.01 peratus dari apa yang para milionaire pernah lalui. Semakin besar dugaan seseorang, maka makin besarlah nilai sesuatu kejayaan itu.

Bos aku pernah berkata, kita sering menafikan peluang yang datang tanpa kita sedari. Bertitik tolak dari kata-kata tersebut, aku gagahkan jugak saki baki tenaga, wang ringgit untuk aku gapai apa yang sedang bersinar dihadapan sana. Kesakitan dalam menempuh laluan berliku dan penuh duri ini amat perit sekali untuk ditempuh tapi itulah dia sifir suatu kejayaan. Aku taknak kerana aku penat, kerana aku takde duit, kerana aku gagal sblm ni, kerana aku hanya gunakan motosikal, kerana aku bukan anak orang kaya, kerana aku tak hebat, kerana aku malas, aku gagal dalam mendapatkan eskalator yang sedang bergerak tanpa henti kat depan aku.... Peaceeee to SUCCESS!!!!!!

Ulasan

kordi rocker hensem berkata…
usaha tangga kejayaan...semoga aok berjaya!
Aku Anak Pahang berkata…
Langkah awal mesti kena menapak drp anak tangga itu..
Hanisham Ab Halim berkata…
Kordi Rocker,
Time kasih wehhh. I'allah. Kalo dah rezeki tak kemane.

Abg Yassin,
Betul tu. Biar bertatih dulu pastu baru berlari...

Catatan popular daripada blog ini

Rawatan STENT

Kuala Lumpur : Selaras usaha mengubati kardiovaskular yang menjadi antara penyumbang utama kematian di negara ini, Institut Jantung Negara (IJN) tampil dengan kaedah terbaru rawatan jantung koronari menerusi pengenalan stent terkini keluaran Axxess. Stent terbabit sebelum ini sudah digunakan secara meluas untuk merawat salur pembuluh darah lurus yang tersumbat, namun kini diperkenalkan khusus bagi rawatan salur bercabang. Ketua Pegawai Eksekutif IJN, Tan Sri Dr Robaayah Zambahari berkata, beliau yakin kaedah itu selamat berdasarkan kejayaan terdahulu ke atas 557 pesakit yang terbukti mempamerkan perkembangan positif hasil implan dilakukan. Menurut beliau, rawatan stent itu juga sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa pada April lalu menerusi CE mark dan Malaysia menjadi negara pertama di rantau Asia menggunakan kaedah itu. “Kita mengesyorkan pesakit menggunakan kaedah itu berbanding surgeri kerana ia lebih mudah, selain memberi hasil lebih baik namun bergantung kep

Convention Trip 2018

National Business Kick Off 2018 telah diadakan harini di KL Convention Center. Secara rasmi Convention Trip telah di'launch' tadi. Destinasi tahun 2019 ialah.... Elite Convention : Zurich, Switzerland Summit Convention : Rome, Italy Star Convention : Hokaido, Jepun Rising Star : Chiang Mai, Thailand Anda juga boleh jadi seperti saya bekerjaya dengan masa yang fleksibel, pendapatan tanpa had dan bernaung dibawah Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd yang merupakan Agensi No 1 di AIA Berhad. Hubungi Sham 012-3412563 untuk temujanji sebagai Perunding Takaful di Imtiyaz Consultancy dan AIA Public Takaful Bhd. Anda yang menentukan masa depan anda! 

Fungsi 'Waiver Contributor' dan 'Waiver For Payor'

Nama diatas diatas ialah nama umum. Ada pelbagai nama kepada rider ini. Nama sebenar bergantung kepada setiap Pengendali Takaful. 1) Waiver Contributor 'Waiver contributor' ialah satu Rider atau Plan Tambahan yang di 'attach'kan ke dalam Plan Takaful anda. Rider ini berfungsi apabila anda selaku orang dilindungi mengalami salah satu daripada 2 situasi berikut iaitu: i) Sakit Kritikal ii) Hilang Upaya Kekal Sewaktu kita masih sihat dan ada pendapatan, InsyaAllah kita mampu membayar caruman kita. Tetapi apa akan jadi jika kita tidak mampu lagi untuk bekerja atau hilang pendapatan apabila ditimpa musibah. Apabila anda ditimpa 2 perkara diatas, caruman anda akan menjadi percuma tanpa memberi kesan kepada manfaat-manfaat yang lain seperti Medikal Kad.   2) Waiver For Payor Rider ini adalah untuk melindungi manfaat anak seandainya pembayar samaada ibu atau bapa yang menjadi Pemilik kepada Polisi anak itu ditimpa salah satu atau 3 perkara berikut