Langkau ke kandungan utama

Tips Takaful (1)

1) Peruntukkan sekurang-kurangnya 5% - 10% dari gaji bulanan untuk Takaful.

2) Seboleh-bolehnya pastikan 'Sum Covered' atau Hibah yang akan kita tinggalkan itu mencukupi untuk isteri comel 10 tahun perbelanjaan bulanannya.

3) Semasa kita dihinggapi sakit kritikal tahap 3 dan 4, kita dah tak mampu nak membayar caruman tahunan. Jadi pastikan ejen kacak atau ejen cun masukkan Waiver dalam Polisi Takaful kita.

4) Begitu juga jika kita mengambil Polisi Takaful untuk anak-anak pastikan ejen kacak dan ejen cun memasukkan 'Waiver For Payor' ke dalam polisi kita. Ini kerana jika berlaku kematian, Hilang Upaya Kekal dan Sakit Kritikal kepada kita sebagai pembayar, caruman tahunan polisi anak kita tidak lagi perlu dibayar dan dilindungi sepenuhnya manfaat ke atas anak kita itu sehingga berumur 25 tahun. (Had umur ini bergantung kepada Syarikat Pengendali).

5) Pastikan Polisi Takaful kita ada Fungsi Hibah.

6) Para Suami Hensem, dalam ruangan Hibah masukkan nama Isteri Comel. Jika ada Isteri Comel lebih dari satu boleh juga masukkan semua nama mengikut 'percentage'. Saya tidak bertanggungjawab jika berlaku perang saudara selepas itu.

7) Bagi para Isteri Comel, Hibah sila letakkan nama suami kerana bila anda sudah tiada nanti, sekurang-kurangnya Suami Hensem boleh gunakan wang tersebut untuk belanja pembelajaran anak-anak.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip Kenyir May 2010 (Part 1)

Serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua followers. Cerita tentang trip akan di publishkan sedikit masa lagi di sini . Sekarang ni tengah tunggu gambar2 dari para cameraman yang bertauliah. Dah ade gambo nnt aku postkan lagi kat sini. Yeaahhhhhhh....

Slot iRecharge di Imtiyaz Consultancy

Slot iReharge bersama Pn Ainul Mazni Satu slot yang sangat terbaik. Membincangkan tentang 6 perkara iaitu: Quran Solat Infaq Ghaib Unzila Akhirat   Bagi menambah pendapatan sampingan, anda dijemput untuk menyertai kami di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd sebagai Perunding Takaful. Bekerjaya di Agensi No 1 di AIA Malaysia. Keterangan lanjut sila hubungi: Hanisham Ab Halim : 0123412563

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka. Kes 1 Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat be...