Langkau ke kandungan utama

Had Tahunan Medikal Kad

"Saya dah ada medikal kad"

Sebagai seorang agen jawapan diatas merupakan jawapan 'mengelakkan diri' dari client untuk berhenti mengambil 'fliers' dan mendengar penjelasan tentang medikal kad bagi yang masih tiada.

Bila berbicara tentang perlindungan Takaful, ramai antara kita kerap mengucapkan benda yang serupa.
Tetapi ada kebenarannya kerana ramai pada harini sudah memiliki medikal kad. Persoalannya apa yang anda tahu dan ambil tahu tentang medikal kad anda.

Penulisan saya pada hari ini tidak lain tidak bukan ingin memberi satu kesedaran kepada anda tentang satu persoalan iaitu 'Berapakah Had Tahunan Medikal Kad Anda'.
Melihat kepada kos-kos rawatan seperti yang tertera didalam gambar dibawah cukup menyeramkan bagi orang-orang biasa seperti saya.

Kita ambil satu contoh. Kos untuk rawatan Angioplasti anggarannya ialah RM20,000 - RM30,000.
Medikal kad anda hanya mempunyai had sehingga RM25,000 setahun. InsyaAllah mencukupi untuk bil RM20,000. Tetapi apa akan jadi jika anda memerlukan rawatan susulan yang mana pada ketika itu bil rawatan susulan melebihi dari jumlah yang dibenarkan sebanyak RM5,000. Dari sumber manakah akan anda 'korek' bagi menampung kekurangan tersebut.

Tips:
1) Pastikan dengan cukup teliti berapakah nilai had tahunan medikal kad anda sebelum anda setuju mengambil sesuatu polisi
2) Jumlah had tahunan mestilah satu jumlah yang 'masuk akal' untuk melindungi bil hospital anda jika ditimpa Sakit Kritikal.



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Trip Kenyir May 2010 (Part 1)

Serba sedikit gambar yang dapat aku kongsikan dengan semua followers. Cerita tentang trip akan di publishkan sedikit masa lagi di sini . Sekarang ni tengah tunggu gambar2 dari para cameraman yang bertauliah. Dah ade gambo nnt aku postkan lagi kat sini. Yeaahhhhhhh....

Slot iRecharge di Imtiyaz Consultancy

Slot iReharge bersama Pn Ainul Mazni Satu slot yang sangat terbaik. Membincangkan tentang 6 perkara iaitu: Quran Solat Infaq Ghaib Unzila Akhirat   Bagi menambah pendapatan sampingan, anda dijemput untuk menyertai kami di Imtiyaz Consultancy Sdn Bhd sebagai Perunding Takaful. Bekerjaya di Agensi No 1 di AIA Malaysia. Keterangan lanjut sila hubungi: Hanisham Ab Halim : 0123412563

Tahukah Anda!!

Jika anda mempunyai Insuran Takaful, sejauh manakah anda mengetahui tentang keseluruhan Polisi Insuran anda. Adakah menyeluruh yang bila ditanyer berapa 'Sum Covered' anda bleh jawab, bila ditanya tentang berapa claim anda jika ditimpa 'Critical Illness (CI) anda boleh jawab, jika ditanya berapakah jumlah perlindungan jika ditimpa kemalangan anda dengan selamba boleh jawab.Mengikut pemerhatian saya sebagai seorang Perancang Kewangan Takaful, hampir keseluruhan client yang saya jumpa tidak mengetahui apa yang terkandung dalam polisi mereka. Kes 1 Pernah sekali saya berjumpa dengan seorang client saya yang telah mempunyai polisi dengan sebuah syarikat pengendali Takaful yang sudah lama bertapak di Malaysia. Saya bertanya dengan client saya tentang polisi beliau. Soalan pertama saya ialah, berapa 'Sum Covered' beliau. Katanya hampir RM300,000. Setelah dibuka polisi beliau maka yang kelihatan hanyalah RM30,0000. Dia terkedu tapi masih ingin meneruskan dengan syarikat be...