Langkau ke kandungan utama

Catatan

Along & Angah

Sabtu & Ahad baru ni aku ke Kelantan balik menjenguk 2 orang hero yang manja ngan aku. Emmm.. m mg tak lekang. Asyik nak berkepit je. Pantang tinggal sampai Papa dia nak mandi pun ade yang nak ikut. Terpaksalah mand i sekali ngan diorang . Si Along tak berapa sihat sbb badan kena gatal-gatal disebabkan alahan kepada makanan laut. Along ni suka sangat ngan sotong dan udang. Kalau dapat makan mmg tak ingat dunia. Tapi akibatnyer kulit amat sensitif ngan benda-benda terse but. Macam-macam hal anak istimewa aku ni. Kesabaran kena tinggi bila berhadapan dengan dia. Seorang anak yang istimewa dan selama bersama dengan dia aku banyak belajar tentang kehidupan, kesedihan dan ke sabaran. Memang Allah kurniakan dia pada aku untuk mengajar aku apa itu kesabaran dan jangan putus asa. Muka berceloreng sbb alahan Sekarang ni dah ada tabiat baru. Dia suka bergambar. Bila pas ambil je gambar terus datang kat kamera sebab nak tgk gambar yang dah diambil. Pas dah tengok baru pegi tempat lain untuk...

Kisah Abu Hurairah Dan Pencuri

Pada suatu ketika Abu Hurairah diperintahkan untuk menjaga Baitulmal (Perbendaharaan Negara). Suatu hari seorang pencuri telah mencuri sedikit makanan daripada Baitulmal. Setelah menyedari perkara tersebut, dengan pantas Abu Hurairah menangkap pencuri tersebut . Pencuri tersebut telah merayu kepada Abu Hurairah supaya dilepaskan kerana dia seorang miskin dan mempunyai ramai anak yang perlu ditanggung. Pencuri tersebut memohon supaya dibebaskan kerana kesalahan tersebut merupakan kesalahan pertama baginya. Oleh kerana Abu Hurairah merasa kasihan, beliau telah melepaskan pencuri tersebut sambil memberi amaran supaya tidak lagi melakukan kerja tersebut. Pada pagi esoknya Abu Hurairah mengadap Rasulullah dan menceritakan peristiwa yang telah berlaku pada malam tadi. Rasulullah berkata "Pencuri tersebut bercakap bohong dan dia akan datang lagi pada malam esoknya. Pada malamnya Abu Hurairah mempertingkatkan lagi kawalan di sekitar Baitulmal supaya pencuri itu tidak dapat lagi mencuri...

Pulau Angsa Lagi

Trip ini diadakan pada 17/11/2007 hingga 18/11/2007. Disertai oleh 12 orang kaki pancing dari Ace Anglers Team. Terbahagi kepada 2 bot. Bot 1 Rashid (Chief merangkap chef) Izad Apen Salim Asri Osman Bot 2 Fazdli (Chief merangkap chef) Abg Joe Sham Hussin Nizam Roslan Peralatan perang Loading Peralatan perang masuk dalam Frontier Izad Kami sampai di jeti Jeram lebih kurang pukul 6 petang dan bot Ahlong telah sedia menunggu. Barang-barang terus di punggah ke dalam bot. Berat sama di pikul, ringan sama dijinjing. Segalanya selesai dalam masa yang singkat. RAshid & Asri Baiki bot bocor agaknya diorang ni. Selesai proses pengambilan umpan hidup iaitu Sotong Kurita dan udang, bot mula bergerak. Waktu ni matahari telah mula tenggelam. Indahnya Ya Allah ciptaan engkau... Terasa betapa kecilnya diri ni bila berada ditengah laut diwaktu matahari mula tenggelamkan diri. Perjalanan ke Pulau Angsa mengambil masa lebih kurang 1 ke 2 jam. Mas...

Selalu Tukar Umpan Mampu Gamit Ikan

Dipetik dari akhbar Joran; SEORANG tua lelaki yang agak uzur wajahnya selalu berada di warung Pak Jantan yang berdepan dengan Kuala Linggi. Orang tua itu menggemari minuman kopi o keras tidak bergula dan Pak Jantan adalah sahabat baik dengan orang tua itu. Mereka berdarah pelaut bermula dengan meneroka kawasan pantai di Kuala Linggi lalu menetap kekal di kawasan berkenaan. Penulis yang terpanggil ke warung Pak Jantan dalam perjalanan ke Port Dickson baru-baru ini, sempat singgah lalu berkenalan dengan Pak Dolmat dan sekali gus diajak sama meneguk kopi o tanpa gula. “Wow! Pahit,” kata penulis ketika meneguk kali pertama dan hampir meludah keluar tetapi dapat bertahan lalu cepat-cepat menelannya. Pak Jantan dan Pak Dolmat ketawa sambil menepuk bahu penulis. “Itu permulaan, memang pahit. Tetapi bila dibiasakan, tentunya rasa pahit tak ada lagi,” kata Pak Dolmat sambil menghirup kopinya dengan berselera. Soal kopi o pahit tidak bergula ditinggalkan seketika kerana tujuan penulis sin...

Trip Pulau Angsa

Trip ini diadakan pada 11/8 - 12/8/2007. Trip ini disertai oleh 13 peserta yang terbahagi kepada 2 kumpulan. Kumpulan Ryobi: Rashid Izad Salim Faizal Syamrim Khairul Nizam Kumpulan Daiwa: Hanisham Sy. Jafari Noh Hussin Uwais Mokhtar Dawod Mohidin Yusof Ibrahim Bergambar sebelum naik bot Kami telah sampai di jeti lebih kurang pukul 4 petang. Selepas mengisi perut, barang-barang pun diangkut kedalam bot. Lebih kurang 15 minit kemudian bot mula bergerak keluar dari jeti Kuala Selangor. Pergerakan bot perlahan kerana keadaan laut yang sedikit bergelora. Bot geng-geng Ryobi Wajah-wajah ceria semasa bot mula-mula jalan.... Pas ni taulah korang Bot belayar lebih kurang 2 jam dari jeti. Selepas melintasi Pulau Angsa, tekong bot telah melabuhkan sauh di port pertama. Apa lagi, umpan pun dilabuhkan lah.... Hasil... Gelama. Pulau Angsa Selepas Maghrib bot bertukar port lagi. Kali ni disekitar Pulau Angsa. Port Tong Karat ikut kata tekong. Hasil!!! Kali ini lumayan sikit sbb dapat ikan duri.. hehe...

Penangan Si Sepit Biru

Trip ni diadakan pada Ahad 8/7/07. Fuhhh Yoooo... best jugak trip ni lebih-lebih lagi bila menerima tarikan ganas udang galah ala-ala sepat ronggeng gitu.... Trip ni dah dirancang hampir sebulan yang lalu yang mana 'organizer' untuk trip ni memang orang kampung tempat kitorang pegi tu. Trip ni di sertai oleh 15 otai. Semuanya memang pemancing tegar tahap tak boleh pulih dah ketegarannya. Macam biase ler.... posing dulu sebelum turun. Trip bermula apabila kami mula berkumpul di sebuah restoran di Pekan Tg Karang. Berkumpul sambil bersarapan pagi. Setelah selesai makan kami mula bertolak ke pangkalan untuk menaiki bot. Bila sampai je bot dah 'ready'. Para-para juragan pun mulalah panaskan enjin bot masing. Semuanya 5 buah bot. Setiap bot 3 orang. Bersiap untuk ke padang pancing Perjalanan mengambil masa 1/2 jam untuk sampai ke 'port' masing-masing. Bila berlabuh je bot, masing-masing apa lagi labuhkan pancinglah. Tarikan pertama tak sampai 5 minit. Bila angkat je....

PERATURAN MEMANCING SECARA BERETIKA

Oleh: Aznir Malek Para Pemancing, Terima kasih kerana meluangkan masa untuk membaca lakaran ini! Kebelakangan ini, memancing telah menjadi aktiviti rekreasi yang amat digemari di negara kita. Namun, beberapa isu kini mencabar kita. Isu seperti kepupusan spesis ikan negara, pencamaran dan penghapusan habitat ikan, serta kemunduran sikap dan tatasusila dikalangan para pemancing. Jadi, kita sebagai pemancing yang berhemah perlulah menunjuk jalan dan menjadi contoh kepada yang lain. Jika kita memberi pendekatan dalam memancing dengan cara yang beretika serta mesra-alam, maka ini akan memberi hasil positif yang boleh dinikmati semua. Akan ada banyak ikan diperairan kita. Tiada sampah ditepi sungai atau tasik, tiada sisa terapung-apung didalam air. Tingkahlaku para pemancing pun tidak menjolok mata. Alangkah ini visi yang menyeronokkan! Walau bagaimanapun, perubahan mestilah bermula dengan kita sendiri. Marilah kita menjadi pemancing contoh, dan mempraktikkan aktiviti memancing secara bereti...